//Engku Adlina
Owner

Haiyo :3



Diary Stuff About Links
Assalamualaikum. Nama diberi Engku Adlina . Kekurangan Pengalaman , baru berumur 14 tahun . Do follow and comment :)


Followers !

Makasih Awak :D


Hentian R&R !

Jangan segan-ii ^_^


Facebook !

Add Me

CLICK HERE!

Credits

Tqvm!





Tips Cantikkan Blog


Hai ! Assalamualaikum ^_^'

Tadi , tisya bukak fb sebab nak tanya seorang kakak tu link blog dia . Tiba-tiba ada mesej keluar daripada seorang kawan tu dekat chatbox (fb) . Dia tanya ...

Amani : Tisya , tolong bagitau jap list apa yang perlu dalam blog .
Tisya : Ok , tak pa . Tisya tengah buat tips ni satgi tisya bagi link .
Masa tu , barulah tisya teringat yang tisya belum buat lagi tips ni . Padahal dah banyak blog tutorial yang buat entri pasal tips ni . Tisya je belum buat lagi , apa lah ! Ok jom baca bersama-sama ...

1 .  Follower Widget
Follower widget WAJIB ada dalam blog korang tak kiralah template apa pun . Denim ka , simple ka , minima ka , blogskin ka , semuanya mesti ada follower widget kalau tak macam mana orang nak follow kan? Bukan sahaja dapat follower ramai , blog pun cantik kalau ada follower widget sebab ia jugak adalah di antara benda-benda yang orang nak tengok dalam sesebuah blog tu . 

2 . Background
Untuk background , tisya cadangkan korang guna background yang simple saja . Dekat bawah ni tisya tunjukkan background-background yang sakit mata bila kita tengok .




Jadi , seelok-eloknya korang guna background yang simple saja . Boleh cari dekat SINI ataupun cari freebies kat blog orang lain .

3 . Icon Comel
Kalau nak blog nampak happy & comel , bolehlah letak icon dalam blog . Contohnya , tepi post title , dekat blog archive .. Tapi janganlah terlalu obses dengan icon sampai blog jadi penuh dengan icon saja ! Bubuh sekadar untuk menceriakan blog saja lah .

4 . Header
Untuk header pulak , tisya rasa la korang patut buat simple-simple ja . Tak payahlah buat yang bling-bling , warna terang lah penuh dengan kerawang-kerawang lah . Buat yang transparent , ada perkataan pun dah cukup . Kalau nak bagi penuh sikit letaklah gambar korang . Dan , tisya syorkan bagi budak-budak sekolah macam tisya guna je photoscape dengan gimp . Tak perlu susahkan ibu bapa untuk bayar photoshop tu .

5 . Scrollbar
Mesti selalu tengok kan dekat blog-blog orang lain punya scrollbar comel je . Ada yang petak , ada yang bujur , ada yang warna kecik .. Cantik kan ! Korang pun mesti ramai yang dah buat macam tu tambah2 pengguna blogskin . Tapi tisya rasa lah kan , scrollbar korang tu tak perlulah yang besar-besar, warna terang, ada background ke .. Buat yang kecik-kecik pun comel dah . (jangan kecik sangat sampai tak boleh scroll)

6 . Gadget
Betul ke panggil gadget ? Aaa , tak tau la . Gadget ke , widget ke , asalkan yang boleh tambah dengan menekan butang "Add a Gadget" . Ok , kepada yang suka bubuh doodle yang float tu .. Baik remove cepat sebab kalau korang letak , blog korang akan menjadi berat . Ini menyebabkan orang yang nak pergi blog korang tu lambat nak loading (tambah-tambah kalau guna laptop slow macam tisya) . Lagi satu , clock widget pun rasanya tidak diperlukan sebab setiap laptop/komputer pun dah ada jam kan ? Buat berat blog saja !

7 . Cursor
And , lastly .. Cursor dekat blog korang . Cuba korang bandingkan , antara cursor besar gabak dengan cursor kecik mana lagi comel ? Mesti ramai pilih cursor kecik kan . (kalau yang suka besar tak pa lah) Satu lagi , tisya nak tanya pendapat korang tentang cursor yang ada keluar bling-bling-bling tu cantik tak ? Bagi tisya cursor bling-bling tu memanglah cantik tapi agak merimaskan . Jadi fikir-fikirkanlah mana yang korang rasa elok .. :))

Ooppsss sebelum tu , tisya sediakan list tentang apa yang tisya rasa penting untuk cantikkan blog .
  • Background post title and sidebar
  • Follower widget
  • Favicon
  • Header (header buat guna photoscape/photoshop)
  • Cursor comel (kecil sahaja)
  • Scrollbar berwarna
  • Butang reply comment
  • Ruang comment (bagi blogskin)
  • Back to top button
  • Background comment
  • Mp3 player (lagu yang buat orang seronok & relax)
  • Shoutbox (simple tapi berwarna)
  • Navigation tab

Sekian , wassalam .

Label: