//Engku Adlina
Owner

Haiyo :3



Diary Stuff About Links
Assalamualaikum. Nama diberi Engku Adlina . Kekurangan Pengalaman , baru berumur 14 tahun . Do follow and comment :)


Followers !

Makasih Awak :D


Hentian R&R !

Jangan segan-ii ^_^


Facebook !

Add Me

CLICK HERE!

Credits

Tqvm!





10 Sebab Orang Malas Nak Komen Entri Korang


Hai ! Assalamualaikum ^_^'


Credit to : Wan Hazel

Ok , hari ni .. Tisya hanya ada masa selama lebih kurang 10-20 minit saja . Korang pernah tak rasa macam malas bila nak komen dekat sesebuah entri tu disebabkan oleh "sesuatu" ? Pernah kan ? Tisya pun selalu rasa cam tu . Jadi , hari ni tisya nak kongsikan 10 sebab-sebab utama kita rasa macam tu .

1 . Kena isi word verification
Tau apa dia word verification ? Word verification tu yang kena tulis perkataan berbelit-belit tu . Contoh :            Xiak 13 . Tisya cukup-cukup malas nak renung & fikir apa yang ditulis dalam kotak verification tu . Korang pun mesti pernah kena buat macam tu lepas komen kan ? Tau-tau sajalah rasa apa waktu tu . Kepada yang belum hapuskan , cepat-cepat pergi buat ya . (SAY NO TO WORD VERIFICATION!!!)

2 . Entri takda kaitan langsung dengan pembaca
Ok . Yang ni korang kena pandai-pandailah fikir apa yang menarik perhatian bloggers lain k ? Pasal segmen ke , berita ke , yang penting menarik bila orang baca . Tisya pun taklah selalu buat entri-entri yang menarik sangat , tapi taklah tulis pasal diri sendiri je setiap kali post . Barulah orang seronok baca !

3 .  Masa tak sesuai dengan time standard online
Kepada old bloggers dan new bloggers , sila beri perhatian :) . Yang ini antara perkara yang anda perlu tahu kalau anda nak orang komen entri anda . Pertama sekali , korang kena lah curi-curi masa bila-bila saja untuk tulis entri . Tak kiralah pagi ke , petang ke , malam-malam buta ke .. Asalkan tulis ! Pastu tisya nak pesan satu saja , jangan post malam tu lepas tu post lagi pagi esok . Mana orang sempat baca kan ? Tisya pun bukannya orang selalu komen , tapi tisya nak kongsi je lah . Jadi , kalau masa korang tulis entri tu tak sesuai , schedulekanlah entri tu di-publish pada pukul 7 pagi ke , 10 malam ke , time2 orang berderu online tu .

4 . Tak ada butang komen / Warna butang tak jelas (blogskin)
Haa .. Cuba check blogskin korang ada butang komen tak ? Kalau tak de lagi bubuh cepat-cepat tau ... Ikut TUTO NI pun tak pe . Ini memang sangat-sangat penting la ! Kalau orang bersemangat nak komen entri korang , tengok-tengok tak ada tempat komen . Rasa-rasa macam mana ? Oh , kecewanya !!! Jadi , kenalah ada tempat tinggalkan komen .

5 . Komen tak dibalas
Korang pernah kan komen entri tapi owner blog tak balas . Tisya pernah ! Ishh , rasa geram pun ada . Tambah-tambah lagi kalau komen tu tak visible langsung . Kenapa jadi macam tu ah ? Hihihi .. Tahu lah korang sudah famous tapi jangan lah sombong sangat sampai tak balas komen . Tisya pun pernah tak balas komen , cuma bagi tisya komen tu tak perlukan balas dari tisya . Contohnya kalau dia suruh visit blog dia , korang tak balas pun tak apa . Visit sajalah . Tapi kalau dia tanya ke , bagi pendapat ke , sekurang-kurangnya korang balas je la dekat blog korang kalau malas nak shout dekat blog orang tu .. Asalkan balas ye ??

6 . Tak ada sebab nak komen
Hmm .. Cuba fikir-fikir , pernah tak kita tiba-tiba tolak orang sedangkan orang tu tak buat salah dan kita tak marah dengan dia pun ? Tak pernah kan ? Sama lah jugak macam pembaca-pembaca kita . Katakanlah korang tulis pasal korang bergaduh dengan kawan-kawan kan . Lepas tu korang tak ada pulak minta pendapat pembaca . Mestilah pembaca tak ada komen nak diberi , kalau ada pun semuanya selalu tulis perkataan sabar , sabar , sabar . Jadi , korang kena la tinggalkan pesanan seperti "Bagilah pendapat sikit ya!" ataupun "Komen lah sikit .. " atau .... "Apa korang akan buat kalau berada di tempat saya?" . Macam tisya lah ! Hihihi , kalau tak ramai pun , sekurang-kurangnya 2 orang mesti akan komen punyalah ! ;)

7 . Tak di-invite
Hehehe ... Nombor tujuh ni korang kenalah rajin sikit ya ! Tisya pun jarang buat sebab tisya taklah mengharapkan komen sangat ... Tapi kalau ada orang komen tu semangatlah tisya nak tulis entri lagi ! :)) Jadinya , bila korang dah penat-penat tulis entri , invite lah follower/kawan korang untuk datang baca entri korang . Taklah korang menunggu sampai bertanduk tapi tak ada peng-omen langsung .

8 . Blog tak ada follower
Untuk nombor lapan ni memang tisya tak boleh kata apa-apa lah . Korang hanya boleh join segmen , buat tutorial & tips banyak-banyak dan juga share link entri di FB atau Twitter . Nak tau kenapa bilangan follower pun menjadi penyebab kemalasan pembaca untuk komen ? Sebabnya ... Bila dia tengok blog korang tak ada sambutan (bagi bloggers baru) , dia rasa macam blog korang tu agak membosankan sebab tak boleh baca komen orang lain jugak sama ada positif/negatif .

9 . Blog loading lambat macam siput je ..
Pulak dah ! Kalau dah lambat loading , apa lagi .. Sah sah orang tekan pangkah ja . Hehehe , jadi kurangkanlah letak gambar dan widget terlalu banyak dalam blog korang ok ?

10 . Owner blog sendiri tak pernah komen entri orang
Yang ni tisya lagi tak leh tolonglah kalau korang sendiri tak nak ubah sikap tu ... Tisya cuma boleh pesan je , "RAJIN-RAJINLAH KOMEN ENTRI ORANG SAMA..."

Ikhlas dari ,
Tisya . XOXO

Label: