//Engku Adlina
Owner

Haiyo :3



Diary Stuff About Links
Assalamualaikum. Nama diberi Engku Adlina . Kekurangan Pengalaman , baru berumur 14 tahun . Do follow and comment :)


Followers !

Makasih Awak :D


Hentian R&R !

Jangan segan-ii ^_^


Facebook !

Add Me

CLICK HERE!

Credits

Tqvm!





Ish!! Penatnya pergi sekolah...




Hai! >.< Sebelum memulakan sesi tulis karangan, tisya nak bagitau korang yang tisya berjaya tarik kak lyssa singgah jugak blog tisya!!! Hihihi, terharunya ... Tak sangka la sudi jugak cemar duli . Ok, dah dah . Jom kita mulakan sekarang jugak ya . 

Pertama sekali, tisya nak tanya .. Siapa sini masih pelajar sekolah ??? Kalau korang rasa korang masih lagi murid sekolah, silakanlah baca sampai habis . Tisya jamin korang lebih semangat nak pergi sekolah nanti! Kakak-kakak dan abang-abang yang dah masuk universiti tu, cepat tekan SINI ! Di bawah ni tisya ada senaraikan beberapa alasan famous murid-murid macam kita malas pergi sekolah dan cara-cara atasinya:

A) ALASAN TAK NAK KE SEKOLAH
1. Tak siap kerja sekolah
Alasan ni yang paling kerap tisya dengar . Nak tahu cara atasi masalah ni tak? Macam ni .. Pertamanya of course korang patut siapkan kerja sekolah korang . Walau apa cara sekalipun , cuba siapkan jugak . Bukannya susah sangat, kalau korang biasakan diri buat kerja sekolah, tak da masalah punya . Tak caya ?? Terpulanglah ..  

2. Ada masalah antara persahabatan
Perkara kecil je ni kawan-kawan ! Tak payahlah ambil berat sangat . Yang penting fikir, 'tujuan aku pergi sekolah nak timba ilmu' . Janganlah asyik fikir benda-benda yang boleh serabutkan fikiran ja . Takke buang masa gitu ? Utamakan yang penting dulu, masalah lain fikir kemudian . Tolak tepi !

3. Malas bangun pagi
Yang ni tak hairanlah . Semua orang malas nak bangun ! Tambah-tambah sekolah pagi . Dah melekat kat katil, jangan haraplah nak bangun berdiri tegak segar . Mungkin ada la jugak jenis semangat cintakan ilmu sampai bangun pagi pun rajin . Mintak tips sikit ! Hehe . 

B) CARA-CARA MENGATASINYA
1. Usaha menyiapkan kerja sekolah
Macam mana tu tisya ??? Ok, dengar sini meh .. Sebenarnya tak susah, tapi sikap tangguh-menangguh kerja sekolah tu yang menyebabkan korang ambil ringan bab-bab kerja sekolah ni . Jangan macam tu ! Kalau korang amalkan sikap tu, lama-lama kerja sekolah korang jadi banyak lepas tu mulalah melenting, "Alah, banyaknya ! Malas lah nak buat ." Kan dah ... Jadi penyelesaiannya, tak perlu cakap banyak . Buat je ! InsyaAllah, kalau tak 1 jam, mungkin ambil masa 2 jam je bila korang tumpukan perhatian.

2. Luahkan kepada orang lain
Ada kawan baik ? Ada diari ? Ada blog ? Mesti ada kan .. Senang je caranya, korang hanya perlu luahkan segala yang terbuku dalam hati . >.< Tiba-tiba jadi romantik pulak ye . Dengan cara ni hilanglah sikit rasa stress korang yang membuak-buak . Ikut tau !

3. Tanamkan azam yang memberi semangat
Nak jadi kaya ? Pandai ? Dihormati ? Nilah satu cara nak capai impian korang tu ! Macam ni .. Pagi-pagi, bagitau diri sendiri, "nak jadi pandai / kaya / dihormati kena belajar" . Bayangkan bila besar nanti korang duduk rumah besar, kerja arkitek ke, disegani pulak tu .. Wahh, bestnye kan.


Betul tak ? Betul tak ? Mengaku aje la .. Tak yahlah lindung . Tisya pun sama je ! Tisya buat tips ni sekadar nak share je dengan korang, bukan tunjuk hebat ke ape . Sharing is caring right ???


Label: